Home » » menyingkap qiamullail : tuntutan ibadah tahajud

menyingkap qiamullail : tuntutan ibadah tahajud

Posted by Unknown
info islam, Updated at: 06.39

Posted by Unknown on Kamis, 28 Mei 2015

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Assalamu'alaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.
    Firman Allah di dalam al-Qutan yang bermaksud;
"[1] Wahai orang yang berselimut! [2] Bangunlah (sembahyanf tahajud) pada waktu malam, selain dari sedikit masa (untuk berehat). [3] Iaitu separuh daripada malam, atau kurangkan sedikit daripada separuh itu."
(al-Muzammil [73]: 1-3 )

Menjalankan solat tahajud merupakan tugas yang dirasakan berat atau yang terberat. Kerana pada lazimnya orang awam sedang menikmati lenanya tidur setelah penat melakukan kerja seharian. Akan tetapi perkara ini bukan merupakan halangan dan tugas berat bagi mereka yang mahu berkeras hati terhadap dirinya sendiri untuk dirinya sendiri, yakni tidak memanjakan dirinya.

Memang sepintas lalu kita lihat dari lahiriah bahawa orang yang mengeraskan dirinya adalah menyeksa dirinya. Tetapi kalau kita lihat di sebalik itu, keuntungan dan kesegaran serta ketenanganlah yang diperolehnya. Mereka bahagia dengan apa yang telah mampu dijangkaunya dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat malam. Solat tahajud juga dikenali sebagai "solatullail". Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah saw dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.

Dalam al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi saw mengenai perkara ini. Solat tahajud memiliki manfaat yang praktikal, baik dari segi keagamaan mahupun dari segi kesihatan, sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad saw dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmidzi yang bermaksud;

"Solat tahajud dapat menghapuskan dosa, mendatangkan ketenangan dan menghindarkan daripada penyakit."

Oleh itu, marilah sama-sama kita mudahkan diri sendiri untuk melakukan ibadah malam, yakni solat tahajud. Sesunguhnya Allah sangat cinta kepada hambaNya yang sujud di malam hari..

Semoga kita diberi kekuatan untuk bangun di malam hari. In Shaa Allah

Wallahu'alam.

Share This Post :

0 komentar:

Posting Komentar

Popular Posts

Diberdayakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2015 info islam. All Rights Reserved
Template Johny Wuss Responsive by Creating Website and CB Design